KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pada Ahad melancarkan perkhidmatan baharu, Wakaf ASNB, bagi membuka peluang kepada pelabur untuk melaksanakan amal kebajikan menerusi dana unit amanah ASNB mereka.
ASNB merupakan syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Menurut PNB, unit amanah yang diwakafkan oleh pelabur akan dikekalkan sebagai pelaburan pokok bagi menjana pulangan tahunan.
Pulangan daripada pelaburan pokok tersebut kemudiannya akan disalurkan kepada projek-projek berkepentingan awam pada setiap tahun, dan ia berterusan walaupun setelah pelabur meninggal dunia, jelasnya dalam kenyataan.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria berkata pulangan pelaburan yang dijana daripada dana wakaf akan disalurkan ke projek-projek wakaf dalam sektor kesihatan, pendidikan, pembangunan komuniti dan misi kemanusiaan.
"Penelitian projek yang sesuai perlu melalui proses penilaian dan pemilihan secara kolektif olehJawatankuasa Pengagihan Wakaf Bersama ASNB-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)," katanya dalam kenyataan yang sama.
Jawatankuasa tersebut, yang merangkumi pentadbir aset wakaf iaitu ASNB Wakalah Sdn Bhd (AWSB), MAIWP dan ahli bebas, juga berperanan sebagai penasihat bagi urusan berkaitan isu-isu hukum seperti kepatuhan syariah, polisi, program dan urus tadbir dana wakaf.
Beliau berkata ASNB ialah syarikat pengurusan unit amanah yang pertama dilantik sebagai mutawalli oleh MAIWP.
"Dengan pelantikan ini, ASNB memikul amanah untuk menguruskan dana wakaf ini sepenuhnya dengan tahap tadbir urus yang tinggi dan profesional demi kepentingan ummahdan masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 21 2021
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pada Ahad melancarkan perkhidmatan baharu, Wakaf ASNB, bagi membuka peluang kepada pelabur untuk melaksanakan amal kebajikan menerusi dana unit amanah ASNB mereka. - Gambar fail
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Melabur sambil beramal dengan Wakaf ASNB
Pemegang unit amanah ASNB boleh memperuntukkan sebahagian daripada pelaburan untuk tujuan wakaf menerusi dividennya.
Pelabur kini boleh wakafkan unit amanah untuk manfaat awam menerusi Wakaf ASNB
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pada Ahad melancarkan perkhidmatan baharu, Wakaf ASNB, bagi membuka peluang kepada pelabur untuk melaksanakan amal kebajikan menerusi dana unit amanah ASNB mereka.